Wednesday, June 22, 2011
22 JUN 2011 - ultra sound appointment
Sunday, June 19, 2011
Iman kini 8bulan 2minggu
Wah! Lama tak update blog ni, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan sejak bergelas papa. Untuk pengetahuan korang Iman masih lagi menyusu badan (breast feed), Alhamdullilah rezeki dariNYA. Kesan secara terus kepada Iman makin cerdik, pantas dalam belajar sesuatu yang baru dan pali penting dia cepat sembuh kalau demam atau batuk. Itulah khasiat teragung dariNYA. Para ibu bapa luar, aku harap korang dapat menyusukan bayi korang hingga 2 tahun dengan susu ibu. Jangan jadikan alasan yang korang berkerjaya dan tidak dapat menyusukannya, sebab kami berjaya kami lakukan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ada sampai tahap bekalan tidak mencukupi untuk Iman, tapi kami berusaha dan mencari maklumat supaya bekalan susu badan tidak putus. Percayalah tiada apa yang mustihal jika kita berusaha untuk mencapaikannya. Kalau kami boleh berjaya, korang yang lain pun boleh lakukan. Aku tidak lokek dan tidak malu untuk berkongsi cerita bagaimana untuk membantu Sham (isteriku) untuk pastikan bekalan susu badan terus ada untuk Iman. Apa yang penting ialah kerjasama dan fokus untuk teruskan menyusu badan. Korang boleh hubungi aku di talian 019 276 5145 untuk tahu cara aku untuk pastikan Iman sentiasa dapat yang terbaik. Aku menulis semula pada hari ini ialah sempena Hari Bapa, aku tak sangka yang aku akan menyambutnya pada tahun ini. InsyaAllah aku akan upload cerita dan tip yang aku gunakan dan ini pun aku belajar daripada orang lain dan juga blog para ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tunggukanlah entri aku yang akan datang bagaimana kami bermula untuk pastikan permintaan susu badan untuk Iman sentiasa ada. SekianSaturday, July 3, 2010
Friday, April 16, 2010
Mengidam
Tuesday, April 13, 2010
Rawatan Susulan
Gambar yang pertama ketika kandungan berusia tujuh (7) minggu DAN
Gambar yang kedua ketika usia kandungan empatbelas (14) minggu
Kenapa aku pilih klinik swasta untuk buat rawatan susulan ialah untuk memudahkan kami pergi bersama kerana janjitemu boleh ditetntukan sendiri dan kami pilih untuk hujung minggu. Kos rawatan susulan hanya lebih kuran RM55 hingga RM60 sekali rawatan. Klinik yang kami pergi cukup memberi banyak info yang berguna untuk kami tahu dan lakukan untuk kebaikan dan kesihatan isteri dan juga anak dalam kandungan.
Dan ini menjadi rutin bulanan aku dan isteri aku.....masuk dalam scehdule yea..
Monday, March 29, 2010
Wahai Bakal Papa BERSEDIA lah...
Awasi Pelaburan Anda
Apa akan berlaku sekiranya anda tidak mengawasi ke mana perginya anak-anak anda? Mungkin anak anda akan hilang atau berada dalam keadaan yang tidak selamat. Begitulah perumpamaannya dengan pelaburan. Ikuti penerangan lanjut daripada SIDC.
Jika anda membiarkan pelaburan tanpa memantau dan mengawasinya, maka besar kemungkinan pelaburan anda boleh mengalami kerugian atau tidak mendatangkan hasil dan pulangan yang diharapkan. Mengawasi pelaburan merupakan aktiviti yang perlu dilakukan bagi memastikan prestasi pelaburan bergerak selaras dengan perancangan kewangan dan jangkaan anda.
Dengan membuat pemantauan, anda boleh menyesuaikan strategi sama ada mahu
meningkatkan pulangan atau mengurangkan kerugian. Dalam artikel ini, anda akan
mengenal pasti cara-cara untuk mengawasi pelaburan anda iaitu seperti panduanpanduan
mudah berikut:
Perhatikan Perubahan
Kita hidup dalam dunia yang berubah-ubah. Segala-galanya bergerak dan berubah dengan pantas. Oleh itu, tidak kira betapa teliti dan terperinci pun anda membuat perancangan kewangan, ia tetap akan dipengaruhi oleh perubahan. Perubahan kepada undang-undang dan peraturan, persekitaran ekonomi dalam negara dan dunia yang berubah-ubah sifatnya (contohnya, krisis kewangan Asia pada tahun 1997), perubahan dalam pasaran modal dan perubahan dalam keuntungan syarikat boleh mempengaruhi pelaburan anda. Kesan daripada perubahan itu, pelaburan anda mungkin perlu disusun semula untuk disesuaikan dengan perancangan kewangan dan matlamat anda dengan lebih baik lagi. Pelabur yang bijak perlu proaktif kepada semua perubahan ini.
Mengubahsuai Pelan Anda
Kedua, anda perlu kerap mengkaji portfolio pelaburan anda. Sejajar dengan perubahan masa, kedudukan kewangan juga mungkin berubah dan oleh sebab itu, anda mungkin perlu mengkaji semula perancangan dan matlamat kewangan anda. Kajian semula ini perlu untuk memungkinkan penyusunan semula pelan dan matlamat anda. Katakanlah anda menerima durian runtuh dan kini mempunyai lebih banyak wang untuk dilaburkan - bolehlah anda mencorak matlamat yang lebih besar. Atau, nilai bersih wang anda mungkin telah meningkat melalui pembelian sesuatu harta, dan kini tabungan anda untuk pelaburan berkurangan dan anda perlu mengubahsuai pelan anda.
Penilaian Prestasi
Anda perlu memantau dan menilai prestasi pelaburan anda secara berterusan untuk mengetahui perkembangan pelaburan tersebut. Periksa bagaimana saham, dana unit amanah dan pelaburan yang lain bergerak berbanding perancangan yang anda buat ketika mula-mula menetapkan matlamat pelaburan dahulu.
Jika pelaburan anda berada dalam keadaan memuaskan, anda mungkin mahu melaburkan lebih banyak wang, atau mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan dan membeli produk pelaburan yang lain. Jika prestasi pelaburan itu tidak seperti yang diharapkan, anda mungkin
mahu menjualnya.
Berapa kerap anda perlu menyemak pelaburan bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan tersebut, dan sama ada anda memilih aset yang berisiko tinggi atau rendah.
Simpan Dokumen Pelaburan
Cara paling mudah memantau pelaburan anda adalah dengan menyemak dokumen dan penyata yang dihantar kepada anda. Penyata pelaburan (misalannya, akaun penyata CDS, penyata akaun urus niaga dan nota kontrak) memudahkan proses pemantauan anda. Nota kontrak, misalannya,
dikeluarkan oleh syarikat broker saham untuk mengesahkan transaksi pasaran saham anda.
Sesuatu nota kontrak, yang merupakan dokumen yang sah di sisi undang-undang, mengandungi butiran penting mengenai transaksi pelaburan anda, umpamanya butiran mengenai urus niaga, pembrokeran, duti setem, yuran penjelasan, kos pembelian dan hasil daripada jualan.
Apa yang perlu anda buat sejurus sahaja menerima dokumen pelaburan anda ialah membaca dan memeriksa ketepatan maklumat dalamnya. Jika anda fikir terdapat sebarang maklumat tidak tepat, hubungi profesional pelaburan anda dengan segera. Anda juga mesti memfailkan dokumen
tersebut secara sistematik untuk rujukan pada masa hadapan. Paling baik jika anda boleh mengawasi sendiri pelaburan dan tidak menyerahkan tugas itu kepada orang lain.
Awasi saham
Anda perlu mengawasi syarikat yang anda melabur dengan meneliti keuntungannya, pertumbuhan perolehannya, penggearan dan pembayaran dividennya. Baca pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan interim, dan tumpukan perhatian kepada tarikh tutup terbitan hak, terbitan waran, pengambilalihan, perolehan, laporan
juru audit dan kepentingan pengarah. Anda harus menghadiri mesyuarat agung tahunan untuk mengetahui bagaimana syarikat itu diurus dan mengukur prospek perniagaannya.
Awasi unit amanah
Bagi skim pelaburan secara kolektif seperti unit amanah, anda harus mengawasi pengurus dana daripada segi prestasi, strategi dan portfolionya.