Home

Sunday, June 19, 2011

Iman kini 8bulan 2minggu

Wah! Lama tak update blog ni, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan sejak bergelas papa. Untuk pengetahuan korang Iman masih lagi menyusu badan (breast feed), Alhamdullilah rezeki dariNYA. Kesan secara terus kepada Iman makin cerdik, pantas dalam belajar sesuatu yang baru dan pali penting dia cepat sembuh kalau demam atau batuk. Itulah khasiat teragung dariNYA. Para ibu bapa luar, aku harap korang dapat menyusukan bayi korang hingga 2 tahun dengan susu ibu. Jangan jadikan alasan yang korang berkerjaya dan tidak dapat menyusukannya, sebab kami berjaya kami lakukan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ada sampai tahap bekalan tidak mencukupi untuk Iman, tapi kami berusaha dan mencari maklumat supaya bekalan susu badan tidak putus. Percayalah tiada apa yang mustihal jika kita berusaha untuk mencapaikannya. Kalau kami boleh berjaya, korang yang lain pun boleh lakukan. Aku tidak lokek dan tidak malu untuk berkongsi cerita bagaimana untuk membantu Sham (isteriku) untuk pastikan bekalan susu badan terus ada untuk Iman. Apa yang penting ialah kerjasama dan fokus untuk teruskan menyusu badan. Korang boleh hubungi aku di talian 019 276 5145 untuk tahu cara aku untuk pastikan Iman sentiasa dapat yang terbaik. Aku menulis semula pada hari ini ialah sempena Hari Bapa, aku tak sangka yang aku akan menyambutnya pada tahun ini. InsyaAllah aku akan upload cerita dan tip yang aku gunakan dan ini pun aku belajar daripada orang lain dan juga blog para ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tunggukanlah entri aku yang akan datang bagaimana kami bermula untuk pastikan permintaan susu badan untuk Iman sentiasa ada. Sekian

No comments:

Post a Comment