Home

Thursday, November 3, 2011

Jadual Waktu Belajar Iman Farisyah

Semua Ibubapa di dunia ini hendakkan anak-anaknya cerdik dan cemerlang dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, begitu juga dengan Aku dan Sham. Kami ingin menjadi Ibubapa yang bijak dalam mendidik anak-anak kami. Kami bersetuju untuk membuat satu jadual belajar untuk anak kami Iman Farisyah Fait supaya pendedahan awal dapat dilakukan agar kami berdisplin dan juga memberi kesan yang positif kepada anak kami. Cubaan pertama kami dalam mendidik Iman mengikut tahap perkembangannya, moga apa yang kami lakukan ini dapat kami lakukan secara istiqamah....


IBU DAN PAPA BIJAK, IMAN HEBAT

  • FLASH CARD 6.30pm HINGGA 6.45pm (ISNIN - JUMAAT)
  • DENGGARKAN SURAH AL-QURAN/ZIKIR 7.30pm (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
  • BUKU CERITA 9.45pm HINGGA 9.55pm (MASA HENDAK TIDUR)
  • SELAWAT DAN ZIKIR 6.45am HINGGA 7.00am (BANGUN DARI TIDUR)

Monday, October 31, 2011

HABBATUSSAUDA


Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan berupa rumput kecil yang banyak tumbuh di daerah gurun dan di kawasan Mediterrania.

Memiliki batang yang tingginya lebih kurang 15 cm, memiliki kelopak bunga berwarna kebiruan dan didalamnya terdapat biji-bijian berwarna hitam sebesar 3mm yang disebut Habbatussauda.

Nama biologi dari tumbuhan ini adalah Nigella Sativa. Dikenal juga sebagai "black cumin" dalam bahasa Inggeris dan "jinten hitam" dalam bahasa Indonesia.
Klasifikasi

Kingdom : Plantae (tumbuhan)
Subkingdom : Tracheobionta (berpembuluh)
Superdivisio : Spermatophyta (menghasilkan biji)
Divisio : Magnoliophyta (berbunga)
Kelas : Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub-kelas : Magnoliidae
Ordo : Ranunculales
Familia : Ranunculaceae
Genus : Nigella
Spesies : Nigella sativa L.

Habbatussauda telah digunakan secara luas sebagai obat dari berjenis penyakit selama lebih dari 2000 tahun yang lalu.

Riwayat Hadits yang mengulas tentang Habbatussauda diantaranya:
"Tetaplah kamu berobat dengan Habbatussauda, karena sesungguhnya di dalamnya mengandung bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali mati". (HR Al-Bukhari)

khasiat Habbatusauda:

Satu ulasan ilmu kedokteran menampilkan bahwa Habbatussauda mengandung lebih dari 100 unsur penting yang dibutuhkan untuk kesehatan manusia antara lain :


1.Anti inflamasi, mengobati perih dan radang tenggorokan.
2.Anti Artritic, mengobati reumatik.
3.Anti Analgesic, mengobati sakit gigi dan sakit kepala (migran).
4.Aktivitas hormon mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
5.Antiseptic, mengobati bau mulut.
6.Antiphyretic, menurunkan demam
7.Antivirus, mengobati flu dan penyakit lain yang disebabkan oleh virus (Thypus,DBD, Hepatitis, HIV/AIDS, Flu Burung, dsb.)
8.Dematology, mengobati jerawat dan eksim.
9.Urinary tract, mengobati saluran kemih dan batu ginjal.
10.Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh (antibody) untuk menangkal penyakit.
11.Gastro intestinal tract, mengobati mabuk, diare, kejang, konstipasi dan empedu.
12.Mengobati penyakit asam lambung (maag).
13.Sistem sirkulasi, meningkatkan kerja jantung.
14.Nematocidal, membasmi cacing pita.
15.Respiratory tract, mengobati sesak nafas (asma).


Dan menurut pengalaman para pengguna yang secara rutin mengkonsumsi Habbatussauda ditemukan khasiatnya antara lain mengobati darah tinggi, gula darah, darah rendah, diabetes, paru-paru, sakit dada yang kronis, kanker dan tumor, menyegarkan tubuh yang lesu, mandul, keputihan, menstabilkan hormon endocrine yang menguatkan syahwat, berbagai penyakit kulit gastrik, melancarkan pencernaan, mengatasi stress, sulit tidur (insomnia), menurunkan kolestrol, stroke, lumpuh sebelah, luka di hati, pencegahan dan kimotripi kanker dan tumor, TBC asam urat, batuk menyegarkan dan menetralisir halusinasi pengaruh obat-obatan, menghancurkan lemak yang berlebihan, menghaluskan dan mengencangkan kulit, baik untuk wanita sehabis melahirkan maupun mencegah infeksi sebelum dan sesudah operasi, mengencangkan otot—otot yang lentur dari dalam, pra-monopause, jantung, bengkak-bengkak, mencegah pendarahan, sakit menjelang dan waktu haid, pegal-pegal, neurosis (sakit jiwa ringan), anemia, epilepsi, dan bawasir.

Wednesday, October 19, 2011

Kami Bertiga...mungkin bertambah??


Lama tidak berkongsi tentang keluarga dalam blog "parenting" ini. Urusan kerja dan keluarga menghadkan aku untuk terus bercerita tentang dunia kekeluargaan. Iman kini telah setahun pada 1 Oktober yang lepas, makin besar, makin cantik dan makin cerdik. Esok kami bertiga akan bercuti di Sabah dan ini percubaan untuk Iman membiasakan diri dengan ibu dan papa yang kaki berjalan. Iman sehingga hari masih "breast feed" walaupun kuantiti tak sekerap dulu sebab pengeluaran sedikit terjejas. Orang dulu kata, jika ibu hamil pengeluaran susu akan berkurangan. Sejauh mana fakta ini aku masih belum menemui artikel saintifik berkenaannya. Kalau papa diluar di sana ada fakta berkenaan isu tadi bolehlah berkongsi dengan saya. Sebab ibu iman telah disahkan mengandung dan kandungannya berusia hampir 3 bulan dan InsyaAllah aku akan dapat zuriat kedua pada bulan lima tahun 2012. Aku akan memantapkan lagi ilmu-ilmu keibubapaan ini untuk masa depan anak-anak aku. Baru-baru aku ada membeli buku karangan Zaid Mohamad untuk menambhakan lagi ilmu didada. Pada aku untuk ibu bapa di luar sana, belilah buku ini sebab banyak tip dan kaedah untuk membentuk anak-anak (psstt...aku takda kaitan tau dengan pengarang tu).

Seperti dulu juga, aku meminta supaya Ibu Iman makan makanan yang berkhasiat, cuma kali ini aku hendak cari makanan tambahan untuk perkembangan otak. Masih belum jumpa lagi yang boleh dan sesuai untuk Ibu Iman dan juga kandungannya. Paling yang aku tekankan ialah bacaan surah suci Al-Quran bagi memberi kekuataan secara spritual kepada Ibu Iman dan juga kandungannya.



Scan yang dibuat di klinik sebab hendak tahu "EDD" (estimate due date) untuk bakal Iman Jr. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan pada aku. Aku janji pada diri aku untuk menjaga amanah dan tanggungjawab ini dengan sedaya upaya aku. Aku akan sentiasa dahagakan ilmu tentang keibubapaan bagi aku memabuat yang terbaik untuk diri aku dan juga keluarga aku. Sekian.

Wednesday, June 22, 2011

22 JUN 2011 - ultra sound appointment

Selesai aku bawa Iman pergi buat ultrasound di PPUM berkaitan cyst yang terdapat dalam ovari dia. Mula2 kami dengar macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Iman nampak sihat dan aktif tetapi ada sesuatu yang ada dalam badannya yang kami tak pasti adakah ianya normal, bermasalah atau sebaliknya. Sebab doktor pun masih belum tutup kes Iman di PPUM dan masih perlu follow up lagi. Bak kata doktor ianya akan hilang bila besar tetapi sejauh mana ianya akan hilang doktor tu pun tak pasti. Doktor kalau nak bercerita dengan orang lain bolehlah tapi kalau nak sedapkan hati engineer memanglah doktor perlukan fakta yang tepat. So, aku tak percayalah kalau doktor bagi diagnose tanpa fakta yang menyokongnya. Aku macam biasalah mecari, men"google" istilah cyst dan aku meringankan mulut aku ini untuk mengetahui tentang cyst dengan lebih lanjut. Macam-macam cerita dan penemuan yang aku jumpa dan ketahui. Aku ambil kesimpulan yang aku perlu sentiasa membawa Iman follow up setahun dua kali untuk pastikan ianya masih dikawal ataupun telah hilang. Lani banyak teknologi dan penemuan saintifik boleh ditekan dihujung jari, sebagai Papa yang canggih manggih ni aku sentiasa mencari, membaca, menerejah info terkini di internet. Hendak jadi Papa yang terbaik bukannya mudah tapi untuk jadi Papa yang HEBAT adalah perkara yang mudah bagi aku. Sebab Iman bertuah sebab mempunyai IBU dan PAPA yang sentiasa membuat yang terbaik untuk dia..kan itulah dikatakan HEBAT. Untuk Papa di luar sana, aku nak bagitau sesuatu, jadi parent adalah sesuatu yang paling seronok yang pernah aku lakukan sebab kuasa pemikiran dan kuasa semula jadi diri sendiri akan meningkat 100 kali ganda. TAK PERCAYA!!!! pada NEW PAPA teruskan usaha untuk menjadi PAPA yang terbaik...Adiosssss

Sunday, June 19, 2011

Iman kini 8bulan 2minggu

Wah! Lama tak update blog ni, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan sejak bergelas papa. Untuk pengetahuan korang Iman masih lagi menyusu badan (breast feed), Alhamdullilah rezeki dariNYA. Kesan secara terus kepada Iman makin cerdik, pantas dalam belajar sesuatu yang baru dan pali penting dia cepat sembuh kalau demam atau batuk. Itulah khasiat teragung dariNYA. Para ibu bapa luar, aku harap korang dapat menyusukan bayi korang hingga 2 tahun dengan susu ibu. Jangan jadikan alasan yang korang berkerjaya dan tidak dapat menyusukannya, sebab kami berjaya kami lakukan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ada sampai tahap bekalan tidak mencukupi untuk Iman, tapi kami berusaha dan mencari maklumat supaya bekalan susu badan tidak putus. Percayalah tiada apa yang mustihal jika kita berusaha untuk mencapaikannya. Kalau kami boleh berjaya, korang yang lain pun boleh lakukan. Aku tidak lokek dan tidak malu untuk berkongsi cerita bagaimana untuk membantu Sham (isteriku) untuk pastikan bekalan susu badan terus ada untuk Iman. Apa yang penting ialah kerjasama dan fokus untuk teruskan menyusu badan. Korang boleh hubungi aku di talian 019 276 5145 untuk tahu cara aku untuk pastikan Iman sentiasa dapat yang terbaik. Aku menulis semula pada hari ini ialah sempena Hari Bapa, aku tak sangka yang aku akan menyambutnya pada tahun ini. InsyaAllah aku akan upload cerita dan tip yang aku gunakan dan ini pun aku belajar daripada orang lain dan juga blog para ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tunggukanlah entri aku yang akan datang bagaimana kami bermula untuk pastikan permintaan susu badan untuk Iman sentiasa ada. Sekian

Friday, April 16, 2010

Mengidam

Satu perkara yang baru aku lalui ialah istilah mengidam. Sama ada isteri atau si suami, so untuk pengalaman aku ialah, isteri mengidam macam-macam tapi tidaklah pelik-pelik pun. InsyaAllah ada yang terlaksana dan juga tidak terlaksana untuk ditunaikan. Pantang jek cerita tentang apa-apa tentang makanan pasti isteri kesayangan aku akan menyebutnya. Seperti bila mana dalam "email loop" adik beradik Salam bercerita tentang Nasi Arab, terus sahaja ajak untuk pergi mencarinya di mana. Apa yang pasti, permintaan ini tidak tertunai sebab bila pergi di area Uniten dan Ikram kedainya tutup..kecewa dan terliur gaklah masa itu. Habis ngidam Nasi Arab pulak timbul minat hendak main "brick game" (ala main susun blok tu). Aku puaslah cari kat area Tanjung Malim tapi tak jumpa, siap kene perli lagi dengan Apek kedai. Mana ada olang main itu "game", olang main play station lorr..kami pergi jalan di Amcorp Mall PJ terus jumpa satu kedai yang menjual pelbagai permainan lama (sebelah Giant). Masa itu ligat la main sampai leka dibuatnya. Tak habis takat itu sahaja, lani cuba nak bercucuk tanam pulak. So, besok aku nak bawa isteri kesayang aku p kedai yang jual bunga-bunga dan pasu-pasu kat area Sungai Buluh untuk beli peralatan dan medium untuk bercucuk tanam. Layankan sahaja la, sebab dialah isteri kesayanganku.
Kaum Adam sekiranya berkemampuan untuk menunaikannya, tunaikanlah sebab hati dan perasaan isteri anda semasa mengandung amat sensitif dan mudah tersentuh. Kadang-kadang kita perlu beralah banyak untuk menghadapinya, sebab anak yang dikandungnya adalah zuriat dan waris kita juga.