Home

Friday, April 16, 2010

Mengidam

Satu perkara yang baru aku lalui ialah istilah mengidam. Sama ada isteri atau si suami, so untuk pengalaman aku ialah, isteri mengidam macam-macam tapi tidaklah pelik-pelik pun. InsyaAllah ada yang terlaksana dan juga tidak terlaksana untuk ditunaikan. Pantang jek cerita tentang apa-apa tentang makanan pasti isteri kesayangan aku akan menyebutnya. Seperti bila mana dalam "email loop" adik beradik Salam bercerita tentang Nasi Arab, terus sahaja ajak untuk pergi mencarinya di mana. Apa yang pasti, permintaan ini tidak tertunai sebab bila pergi di area Uniten dan Ikram kedainya tutup..kecewa dan terliur gaklah masa itu. Habis ngidam Nasi Arab pulak timbul minat hendak main "brick game" (ala main susun blok tu). Aku puaslah cari kat area Tanjung Malim tapi tak jumpa, siap kene perli lagi dengan Apek kedai. Mana ada olang main itu "game", olang main play station lorr..kami pergi jalan di Amcorp Mall PJ terus jumpa satu kedai yang menjual pelbagai permainan lama (sebelah Giant). Masa itu ligat la main sampai leka dibuatnya. Tak habis takat itu sahaja, lani cuba nak bercucuk tanam pulak. So, besok aku nak bawa isteri kesayang aku p kedai yang jual bunga-bunga dan pasu-pasu kat area Sungai Buluh untuk beli peralatan dan medium untuk bercucuk tanam. Layankan sahaja la, sebab dialah isteri kesayanganku.
Kaum Adam sekiranya berkemampuan untuk menunaikannya, tunaikanlah sebab hati dan perasaan isteri anda semasa mengandung amat sensitif dan mudah tersentuh. Kadang-kadang kita perlu beralah banyak untuk menghadapinya, sebab anak yang dikandungnya adalah zuriat dan waris kita juga.

1 comment: