Home

Tuesday, April 13, 2010

Rawatan Susulan

Rawatan susulan untuk melihat kesihatan isteri dan juga anak dalam kandungan juga penting. Aku juga tidak terlepas dari tanggungjawab aku untuk melakukannya. Apa yang pasti aku akan mencari ruang dan peluang untuk bersama isteri aku untuk mendapatkan rawatan susulan. So, kaum Adam "try ur best" untuk cari masa untuk menemani isteri ke klinik. Nampak macam remeh tapi ia begitu penting untuk memberikan semangat pada isteri kesayangan kita. Pengalaman baru bagi aku juga untuk mendengar nasihat-nasihat doktor berkaitan kesihatan isteri dan juga bayi dalam kandungan. Aku nak kongsi gambar scan yang dibuat di klinik swasta di Shah Alam (KLINIK NOOR HAJAR Seksyen 18):


Gambar yang pertama ketika kandungan berusia tujuh (7) minggu DAN
Gambar yang kedua ketika usia kandungan empatbelas (14) minggu

Kenapa aku pilih klinik swasta untuk buat rawatan susulan ialah untuk memudahkan kami pergi bersama kerana janjitemu boleh ditetntukan sendiri dan kami pilih untuk hujung minggu. Kos rawatan susulan hanya lebih kuran RM55 hingga RM60 sekali rawatan. Klinik yang kami pergi cukup memberi banyak info yang berguna untuk kami tahu dan lakukan untuk kebaikan dan kesihatan isteri dan juga anak dalam kandungan.

Dan ini menjadi rutin bulanan aku dan isteri aku.....masuk dalam scehdule yea..

No comments:

Post a Comment