Home

Wednesday, June 22, 2011

22 JUN 2011 - ultra sound appointment

Selesai aku bawa Iman pergi buat ultrasound di PPUM berkaitan cyst yang terdapat dalam ovari dia. Mula2 kami dengar macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Iman nampak sihat dan aktif tetapi ada sesuatu yang ada dalam badannya yang kami tak pasti adakah ianya normal, bermasalah atau sebaliknya. Sebab doktor pun masih belum tutup kes Iman di PPUM dan masih perlu follow up lagi. Bak kata doktor ianya akan hilang bila besar tetapi sejauh mana ianya akan hilang doktor tu pun tak pasti. Doktor kalau nak bercerita dengan orang lain bolehlah tapi kalau nak sedapkan hati engineer memanglah doktor perlukan fakta yang tepat. So, aku tak percayalah kalau doktor bagi diagnose tanpa fakta yang menyokongnya. Aku macam biasalah mecari, men"google" istilah cyst dan aku meringankan mulut aku ini untuk mengetahui tentang cyst dengan lebih lanjut. Macam-macam cerita dan penemuan yang aku jumpa dan ketahui. Aku ambil kesimpulan yang aku perlu sentiasa membawa Iman follow up setahun dua kali untuk pastikan ianya masih dikawal ataupun telah hilang. Lani banyak teknologi dan penemuan saintifik boleh ditekan dihujung jari, sebagai Papa yang canggih manggih ni aku sentiasa mencari, membaca, menerejah info terkini di internet. Hendak jadi Papa yang terbaik bukannya mudah tapi untuk jadi Papa yang HEBAT adalah perkara yang mudah bagi aku. Sebab Iman bertuah sebab mempunyai IBU dan PAPA yang sentiasa membuat yang terbaik untuk dia..kan itulah dikatakan HEBAT. Untuk Papa di luar sana, aku nak bagitau sesuatu, jadi parent adalah sesuatu yang paling seronok yang pernah aku lakukan sebab kuasa pemikiran dan kuasa semula jadi diri sendiri akan meningkat 100 kali ganda. TAK PERCAYA!!!! pada NEW PAPA teruskan usaha untuk menjadi PAPA yang terbaik...Adiosssss

Sunday, June 19, 2011

Iman kini 8bulan 2minggu

Wah! Lama tak update blog ni, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan sejak bergelas papa. Untuk pengetahuan korang Iman masih lagi menyusu badan (breast feed), Alhamdullilah rezeki dariNYA. Kesan secara terus kepada Iman makin cerdik, pantas dalam belajar sesuatu yang baru dan pali penting dia cepat sembuh kalau demam atau batuk. Itulah khasiat teragung dariNYA. Para ibu bapa luar, aku harap korang dapat menyusukan bayi korang hingga 2 tahun dengan susu ibu. Jangan jadikan alasan yang korang berkerjaya dan tidak dapat menyusukannya, sebab kami berjaya kami lakukan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ada sampai tahap bekalan tidak mencukupi untuk Iman, tapi kami berusaha dan mencari maklumat supaya bekalan susu badan tidak putus. Percayalah tiada apa yang mustihal jika kita berusaha untuk mencapaikannya. Kalau kami boleh berjaya, korang yang lain pun boleh lakukan. Aku tidak lokek dan tidak malu untuk berkongsi cerita bagaimana untuk membantu Sham (isteriku) untuk pastikan bekalan susu badan terus ada untuk Iman. Apa yang penting ialah kerjasama dan fokus untuk teruskan menyusu badan. Korang boleh hubungi aku di talian 019 276 5145 untuk tahu cara aku untuk pastikan Iman sentiasa dapat yang terbaik. Aku menulis semula pada hari ini ialah sempena Hari Bapa, aku tak sangka yang aku akan menyambutnya pada tahun ini. InsyaAllah aku akan upload cerita dan tip yang aku gunakan dan ini pun aku belajar daripada orang lain dan juga blog para ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tunggukanlah entri aku yang akan datang bagaimana kami bermula untuk pastikan permintaan susu badan untuk Iman sentiasa ada. Sekian